TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN

Rumah Penginapan di Kota Bharu

KOPONAS memiliki 1 unit Kondo Permai yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang terletak di Bandar Kota Bharu, Kelantan. Kondo tersebut dilengkapi penghawa dingin, seterika, mesin basuh, pemanas air dan televisyen. Ianya juga di lengkapi kemudahan seperti ‘kitchen stove’, ‘thermo pot’, dan peti sejuk untuk kemudahan anggota ketika menginap di kondo tersebut. Selain itu, Kondo Permai juga mempunyai kemudahan kolam renang di tingkat 1 yang boleh digunakan oleh anggota sepanjang tempoh penginapan.

Kondo tersebut juga berhampiran dengan KB Mall yang terletak lebih kurang 2.5km. Di samping itu, lokasi kondo ini juga berdekatan dengan Bazar Tok Guru, Menara Rehal, Pasar Siti Khadijah, Pasar Wakaf Che Yeh dan Pantai Cahaya Bulan.

Alamat Rumah Penginapan:

  1. Lot 135, Kondominium Permai, Seksyen 20, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan.

Rumah Penginapan di Langkawi

Kondo Istana merupakan kondo yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang ianya terletak di Pekan Kuah, Langkawi. KOPONAS memiliki 2 unit kondo di tingkat 7 dan tingkat 12 dimana ianya dilengkapi penghawa dingin, seterika, mesin basuh, pemanas air dan juga televisyen. Kedua-dua unit kondo tersebut juga dilengkapi dengan ‘kitchen stove’, ‘thermo pot’, dan peti sejuk.

Kondo ini bersebelahan dengan Kompleks Haji Ismail Group (HIG) iaitu pusat membeli belah dan Gedung Serbaneka yang menjadi tumpuan setiap pelancong apabila ke Pulau Langkawi. Di samping itu, Kondo Istana ini berdekatan dengan Pekan Kuah, Jeti Langkawi, Kompleks Idaman Suri, Dataran Lang, Langkawi Wildlife Park dan Kilim Geoforest Park. Selain itu, Kondo Istana juga mempunyai kemudahan kolam renang yang boleh digunakan oleh anggota sepanjang tempoh penginapan.

Alamat Rumah Penginapan:

  1. Tingkat 7 – Unit 07-06 (A), Kondo Istana, Jalan Penarak, Kuah 07000 Langkawi, Kedah.
  2. Tingkat 12 – Unit 12-02 (C), Kondo Istana, Jalan Penarak, Kuah 07000 Langkawi, Kedah.

Rumah Penginapan di Melaka

Apartment Costa Mahkota merupakan studio apartment 1 bilik dan 1 bilik air yang terletak di Mahkota Hotel Melaka. Apartment ini berdekatan dengan pusat membeli belah Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Apartment ini juga terletak berhampiran dengan Porta De Santiago, Menara Taming Sari, Menara Jam Melaka, Bangunan Stadthuys, Masjid Selat Melaka, Jalan Jonker dan Kota A Famosa.

Selain itu, Apartment Costa Mahkota mempunyai kemudahan kolam renang yang   boleh digunakan oleh anggota di sepanjang tempoh penginapan. Apartment ini dilengkapi dengan penghawa dingin, seterika, mesin basuh, pemanas air dan televisyen. Kemudahan seperti ‘kitchen stove’, ‘thermo pot’, dan peti sejuk juga turut disediakan untuk kegunaan anggota.

Alamat Rumah Penginapan:

  1. Unit C-9-7 Costa Mahkota Melaka, Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka.

Rumah Penginapan di Port Dickson

KOPONAS memiliki 1 unit rumah banglo 1 tingkat dan 1 unit rumah banglo 2 tingkat yang terletak di Batu 14, Taman Mutiara, Si Rusa, Port Dickson. Rumah banglo 1 tingkat mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air, manakala rumah banglo 2 tingkat mempunyai 5 bilik dan 4 bilik air yang dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, seterika, mesin basuh, pemanas air dan televisyen. Kemudahan seperti ‘kitchen stove’, ‘thermo pot’, dan peti sejuk juga turut disediakan untuk kegunaan anggota disepanjang tempoh penginapan.

Jarak Pantai Teluk Kemang dengan banglo tersebut adalah lebih kurang 10km manakala jarak dengan Medan Selera Persatuan Nelayan Teluk Kemang adalah lebih kurang 4 km.

Alamat Rumah Penginapan:

  1. Banglo 1 Tingkat – No.137, Jalan Siakap 1, Taman Peranginan Mutiara, 71250 Si Rusa, N.Sembilan.
  2. Banglo 2 Tingkat – No.60, Jalan Siakap 1, Taman Peranginan Mutiara, 71250 Si Rusa, N.Sembilan.

Rumah Penginapan di Terengganu

Pangsapuri Ladang Tanjung merupakan Pangsapuri 3 bilik dan 2 bilik air yang terletak di bandar Kuala Terengganu. Pangsapuri ini mempunyai kemudahan 2 lot parking kereta, kolam renang dan pusat gymnasium.

Pangsapuri ini dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin di setiap bilik dan ruang tamu, set bilik tidur yang lengkap, set sofa, televisyen, peti sejuk dan lain-lain kelengkapan lagi untuk kemudahan Anggota Koponas yang menginap.

Pangsapuri ini berhampiran dengan Jambatan Angkat, KTCC Mall Kuala Terengganu dan terletak 1.6km ke Pantai Batu Burok. Ianya juga berhampiran dengan Masjid Kristal dan Muzium Negeri.

Alamat Rumah Penginapan:

  1. No. A-13-05, Pangsapuri Ladang Tanjung, Kampung Tanjung Kapur 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Terma & Syarat Penginapan Di Rumah Peranginan KOPONAS

Masa Check InMasa check out
2.00 Petang12.00 Tengahari
  • Had maksimum penginapan disetiap rumah peranginan adalah empat (4) hari tiga (3) malam.
  • Bagi anggota yang menginap rumah peranginan di Port Dickson pada kali pertama layak menerima wang saguhati sebanyak RM50.00 semalam dimana tertakluk kepada had maksima tiga (3) malam.
  • Wang saguhati hanya akan dibayar kepada anggota selepas tarikh penginapan di rumah peranginan Port Dickson.
  • Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan bagi setiap rumah peranginan:
  1. Banglo – 1 Tingkat di Port Dickson (3 Bilik, 2 Bilik Air) | 6 Dewasa, 6 Kanak-Kanak
  2. Banglo – 2 Tingkat di Port Dickson (5 Bilik, 4 Bilik Air) | 10 Dewasa, 10 Kanak-Kanak
  3. Kondominium Permai di Kota Bharu (3 Bilik, 2 Bilik Air) | 6 Dewasa, 6 Kanak-Kanak
  4. Kondominium Istana di Langkawi (3 Bilik, 2 Bilik Air) | 6 Dewasa, 6 Kanak-Kanak
  5. Costa Mahkota Studio Apartment di Melaka (1 Bilik, 1 Bilik Air) | 2 Dewasa, 2 Kanak-Kanak
  6. Pangsapuri Ladang Tanjung di Terengganu (3 Bilik, 2 Bilik Air) | 6 Dewasa, 6 Kanak-Kanak
  • Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan kepada KOPONAS selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum tarikh penginapan.
  • Bayaran penalti sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada anggota yang gagal mendaftar masuk pada hari yang ditetapkan tanpa memaklumkan secara rasmi pembatalan tempahan. Bayaran penalti akan ditolak dari Simpanan Khas anggota.
  • Setiap tempahan rumah peranginan KOPONAS hanya akan diproses dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penginapan dan surat kelulusan akan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan sebelum tarikh penginapan.
  • Kelayakan penginapan hanya terbuka kepada anggota yang telah menjadi anggota melebihi 1 tahun tempoh keanggotaan.

Tempahan Rumah Peranginan

Sila isikan borang disebelah dan hantar kepada kami jika terdapat pertanyaan tentang perkhidmatan ini. Pegawai kami akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat.

 

Maklumat Tempahan

Kami Sedia Membantu Anda

Sebarang pertanyaan mengenai tempahan rumah peranginan sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami +603 2274 7277 atau emel keanggotaan@koponas.coop