KOPONAS AR-RAHNU

  • Terbuka kepada anggota KOPONAS dan bukan anggota (warganegara dan bukan warganegara).
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Waras dan tidak diisytiharkan muflis.
  • Pembiayaan sehingga 80%* daripada nilai emas (*Tertakluk kepada terma dan syarat).
  • Jumlah pembiayaan maksimum RM50,000* sehari dan RM250,000* untuk seorang maksimum. (*Tertakluk kepada terma dan syarat).
  • Kami menerima barangan emas termasuk emas perhiasan, wafer atau syiling.
  • 12 bulan, tertakluk kepada kadar keuntungan yang perlu dibayar setiap 6 bulan.
  • 1% sebulan pada margin pembiayaan.
  • Pembayaran pembiayaan boleh dibuat di cawangan kami secara tunai.
  • Penebusan boleh dilakukan dalam pembayaran tertunda atau sekaligus sebelum atau apabila sampai tempoh matang.
  • Produk patuh Syariah sepenuhnya.
  • Bebas daripada Riba dan Gharar (Ketidakpastian).
  • Caj Kadar Keuntungan Tetap pada jumlah pembiayaan.
  • Tiada caj tambahan jika membuat penebusan awal.
  • Margin pembiayaan yang tinggi.
  • Perkhidmatan tambahan untuk pembersihan emas.
  • Mudah, selesa dan selamat.
  • Isi borang permohonan KOPONAS Ar-Rahnu.
  • Bawa kad pengenalan asal anda (NRIC).
  • Barang emas untuk dicagarkan.

Lokasi KOPONAS Ar-Rahnu

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Kajang:

No 14-G (Ground Floor), Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor.
No Telefon Cawangan Kajang: 603 8730 9304

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Shah Alam:

No 13, Jalan Makmur 25/64,Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor.
No Telefon Cawangan Shah Alam: 603 5525 3092

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Setapak:

62A Jalan Usahawan 7, Off Jalan Kilang, 53300 Kuala Lumpur.
No Telefon Cawangan Setapak: 603 4131 5096

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Puchong:

No 30-1, Jalan PU 7/2, Taman Puchong Utama, 47140 Puchong, Selangor.
No Telefon Cawangan Puchong: 603 8066 8223

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Subang Perdana:

No 21-G, Tingkat Bawah, Jalan Dinar D U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor.
No Telefon Cawangan Subang Perdana: 603 7832 6235

Soalan Lazim

Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan syariah. Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa maksud gadai. Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.

KOPONAS Ar-Rahnu menyediakan khidmat pembiayaan Ar-Rahnu yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran. Jumlah pembiayaan yang diberikan kepada Pelanggan adalah bergantung kepada peratusan yang ditentukan oleh Koponas Ar-Rahnu dan jenis barang kemas yang dicagarkan. Pembiayaan ini adalah patuh Syariah yang ditawarkan kepada individu bagi memenuhi keperluan wang tunai dengan segera.

Konsep Syariah yang digunapakai untuk pembiayaan ini ialah:

▪ Murabahah (Tawarruq) ialah akad transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran tangguh secara Murabahah (iaitu harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) daripada penjual kepada pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.

▪ Rahn adalah mekanisma di mana satu barangan berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pembiayaan secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pembiayaan tersebut tidak dapat dijelaskan.

Pembiayaan ini terbuka kepada, Anggota KOPONAS, Bukan Anggota KOPONAS (Warganegara dan bukan warganegara), 18 tahun ke atas, berakal atau waras dan tidak muflis.

Barangan perhiasan yang diperbuat daripada emas yang mempunyai mutu 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 dan emas dalam bentuk wafer atau syiling.

Pelanggan akan memperolehi jumlah pembiayaan dalam bentuk wang tunai dimana anggota Koponas akan menerima sehingga 80% daripada nilai barang gadaian dan bagi bukan anggota Koponas akan menerima 75% daripada nilai barang gadaian. Jumlah Pembiayaan Terkumpul adalah sehingga RM250,000 bagi setiap pelanggan dengan maksimum sehingga RM50,000 untuk transaksi harian. Tempoh gadaian adalah Enam (6) bulan terhad kepada Dua Belas (12) bulan dalam satu Surat Gadaian.

Caj Penyimpanan Barangan – 1% sebulan atau 6% untuk satu tempoh pembiayaan iaitu selama Enam (6) bulan.

Caj Pengurusan Lelongan – Sekiranya pembiayaan tidak dijelaskan mengikut tempoh pembiayaan yang telah ditetapkan, Barang Gadaian akan dilelong mengikut prosedur pelelongan dan pelanggan akan dikenakan Caj Pengurusan Lelongan pada kos insidental sebenar. Caj ini akan ditolak dari hasil pelelongan.

*Nota: Pihak KOPONAS akan memaklumkan Pelanggan sekurang-kurangnya Dua Puluh Satu (21) hari kalendar sebelum tarikh pelaksanaan (jika berkenaan) sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Fi dan Caj yang berkaitan. Fi dan Caj adalah tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) sebanyak 6% (jika berkenaan).

Tamat Tempoh pada bulan ke-6.

Sekiranya Pelanggan ingin menyambung gadaian bagi tempoh Enam (6) bulan kedua, Pelanggan hanya perlu membayar caj keuntungan Enam (6) bulan pertama sahaja dan tempoh matang akan ditetapkan semula bagi tempoh Enam (6) bulan kedua (bulan ke-7 hingga bulan ke-12).                 

Tamat Tempoh pada bulan ke-12

Jika Pelanggan ingin menyambung gadaian melebihi tempoh Dua Belas (12) bulan, Surat Gadaian baru dan akad baru MESTILAH dilakukan dengan urusniaga dagangan komoditi yang baru. Pelanggan mestilah menyelesaikan semua caj keuntungan bagi akad Ar-Rahnu yang terdahulu sebelum layak untuk memperbaharui Surat Gadaian.

Pelanggan hanya perlu membayar kadar pembiayaan sehingga hari penebusan sahaja. Pihak Koponas tidak mengenakan caj tambahan kepada pelanggan sekiranya penebusan awal dibuat oleh pelanggan.

Formula pengiraan untuk kadar caj pembiayaan adalah Nilai Marhun X nilai emas semasa gadaian / 365 hari X tempoh pembiayaan dalam hari.

Perlindungan Takaful bagi Barang Gadaian yang berada di dalam simpanan KOPONAS Ar-Rahnu (dalam Tempoh Pembiayaan) adalah dilindungi takaful melalui Pengendali Takaful yang dilantik oleh KOPONAS Ar-Rahnu. Had perlindungan takaful adalah tertakluk kepada Nilai Barang Gadaian yang dinyatakan di dalam Surat Gadaian.

Pelanggan perlu mengisi Borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan perlu mendapat pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah

Boleh, surat wakil mestilah dibawa semasa proses penebusan dilakukan yang menyatakan persetujuan penggadai dan wakil serta mempunyai tandatangan kedua belah pihak.

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Kajang:

No 14-G (Ground Floor), Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor.

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Shah Alam:

No 13, Jalan Makmur 25/64,Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor.

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Setapak:

62A Jalan Usahawan 7, Off Jalan Kilang, 53300 Kuala Lumpur.

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Puchong:

No 30-1, Jalan PU 7/2, Taman Puchong Utama, 47140 Puchong, Selangor.

Alamat KOPONAS Ar-Rahnu Cawangan Subang Perdana:

No. 21-G, Tingkat Bawah, Jalan Dinar D U3/D, Taman Subang Perdana, Seksyen U3, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

Waktu Operasi cawangan adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 08.30 pagi sehingga 05.30 petang.

Hotline Aduan : 03-2274 7277

Alamat Aduan : Unit Ar-Rahnu, Koperasi Pos Nasional Berhad, Tingkat 2, No.70-74, Wisma KOPONAS, Jalan Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur.

Emel: arrahnu@koponas.coop

Hak Cipta © Koperasi Pos Nasional Berhad