KOPONAS merupakan rakan niaga kepada syarikat VX Garage setelah syarikat tersebut mendapat sokongan dari Presiden ANGKASA pada tahun 2018 bagi membantu serta membesarkan lagi skop perniagaan koperasi. Jualan produk ini terbuka kepada semua tidak kira anggota ataupun tidak. Produk – produk ini boleh didapati ditingkat 3 Wisma KOPONAS.
Produk VX Garage terdiri dari minyak pelincir, alat ganti kereta seperti pengelap cermin, alas brek dan lain – lain. Untuk menyemak kesesuaian produk ini dengan kenderaan anda, anda boleh melayari https://vxgarage.com/.
Pembelian barangan melalui 2 kaedah iaitu: Pemotongan simpanan khas atau secara tunai.