HARTANAH

Hartanah KOPONAS

Sektor hartanah merupakan salah satu perniagaan KOPONAS. Sektor ini bakal berkembang untuk menambahkan lagi aset-aset KOPONAS membantu perniagaan yang sedia ada.

Antara lokasi hartanah KOPONAS adalah seperti berikut :

  1. Wisma KOPONAS.
  2. Kondo Sri Tijani, Selangor.
  3. Pangsapuri Teras Jernang, Selangor.
  4. Lot kedai Teras Jernang, Selangor.
  5. Grace Ville, Kota Kinabalu, Sabah.

Senarai rumah peranginan :

  1. 1 unit – Studio Apartment Costa Mahkota, Melaka
  2. 2 unit – Banglo Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan
  3. 1 unit – Kondo di Kota Bharu, Kelantan
  4. 2 unit – Kondo Istana Langkawi, Kedah

Nota: Rumah peranginan untuk anggota KOPONAS sahaja.

Rumah Penginapan di Kota Bharu

KOPONAS memiliki 1 unit Kondo Permai yang mempunyai 3 bilik dan terletak di Bandar Kota Bharu, Kelantan. Kondo tersebut dilengkapi penghawa dingin, seterika, mesin basuh, pemanas air dan televisyen. Ianya juga di lengkapi kemudahan seperti ‘kitchen stove’, ‘thermo pot’, dan peti sejuk untuk kemudahan anggota ketika menginap di kondo tersebut. Selain itu, Kondo Permai juga mempunyai kemudahan kolam renang di tingkat 1 yang   boleh digunakan oleh anggota di sepanjang tempoh penginapan.

Kondo tersebut juga berhampiran dengan KB Mall yang terletak lebih kurang 2.5km. Di samping itu, lokasi kondo ini juga berdekatan dengan Bazar Tok Guru, Menara Rehal, Pasar Siti Khadijah, Pasar Wakaf Che Yeh dan Pantai Cahaya Bulan.

 

Rumah Penginapan di Langkawi

Kondo Istana merupakan kondo yang mempunyai 3 bilik dan ianya terletak di Pekan Kuah, Langkawi. KOPONAS memiliki 2-unit kondo di tingkat 7 dan tingkat 12 dimana ianya dilengkapi penghawa dingin, seterika, mesin basuh, pemanas air dan juga televisyen. Kedua-dua unit kondo tersebut juga dilengkapi dengan ‘kitchen stove’, ‘thermo pot’, dan peti sejuk.

Kondo ini berhampiran dengan Haji Ismail Group (HIG) iaitu pusat membeli belah yang menjadi tumpuan setiap pelancong apabila ke Langkawi. Di samping itu, Kondo Istana ini berdekatan dengan Pekan Kuah, Jeti Langkawi, Kompleks Idaman Suri, Dataran Lang, Langkawi Wildlife Park dan Kilim Geoforest Park. Selain itu, Kondo Istana juga mempunyai kemudahan kolam renang yang boleh digunakan oleh anggota di sepanjang tempoh penginapan.

Rumah Penginapan di Melaka

Apartment Costa Mahkota merupakan studio apartment 1 bilik yang terletak di Mahkota Hotel Melaka. Apartment ini berdekatan dengan pusat membeli belah Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Apartment ini juga terletak berhampiran dengan Porta De Santiago, Menara Taming Sari, Menara Jam Melaka, Bangunan Stadthuys, Masjid Selat Melaka, Jalan Jonker dan Kota A Famosa.

Selain itu, Apartment Costa Mahkota mempunyai kemudahan kolam renang yang   boleh digunakan oleh anggota di sepanjang tempoh penginapan. Apartment ini dilengkapi dengan penghawa dingin, seterika, mesin basuh, pemanas air dan televisyen. Kemudahan seperti ‘kitchen stove’, ‘thermo pot’, dan peti sejuk juga turut disediakan untuk kegunaan anggota.

Rumah Penginapan di Port Dickson

KOPONAS memiliki 1-unit rumah banglo 1 tingkat dan 1-unit rumah banglo 2 tingkat yang terletak di Batu 14, Taman Mutiara, Si Rusa, Port Dickson. Rumah banglo 1 tingkat mempunyai 3 bilik manakala rumah banglo 2 tingkat mempunyai 5 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, seterika, mesin basuh, pemanas air dan televisyen. Kemudahan seperti ‘kitchen stove’, ‘thermo pot’, dan peti sejuk juga turut disediakan untuk kegunaan anggota disepanjang tempoh penginapan.

Jarak Pantai Teluk Kemang dengan banglo tersebut adalah lebih kurang 10km manakala jarak dengan Medan Selera Persatuan Nelayan Teluk Kemang adalah lebih kurang 4 km.

Hak Cipta © Koperasi Pos Nasional Berhad