SOALAN LAZIM

Keanggotaan

Permohonan keanggotaan boleh dibuat melalui sistem iKOOP dengan klik di pautan https://app.ikoop.com.my/koponas atau di Website Rasmi KOPONAS iaitu https://koponas.coop dan klik LOGIN SISTEM iKOOP.

Permohonan anggota baru akan diproses dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

Untuk anggota KOPONAS yang berdaftar, manfaat dan perkhidmatan yang disediakan boleh diperolehi setelah pihak KOPONAS menerima potongan gaji dari majikan Pos Malaysia Berhad.

Penama merupakan waris yang dinamakan oleh anggota.

Jumlah caruman minimum anggota bagi setiap bulan seperti berikut :
Fee Masuk – RM 5.00 (Bagi Bulan PERTAMA Sahaja)
Modal Syer – RM 10.00 (Potongan Setiap Bulan Sehingga Bulan Ke-10)
Modal Yuran – RM 30.00 (Minimum RM30.00 Bagi Setiap Bulan)
Simpanan Khas – RM 10.00 (Minimum RM10.00 Bagi Setiap Bulan)
Yuran Rumah Peranginan – RM 3.00 (Bagi Setiap Bulan)

Anggota hendaklah mengisi borang Permohonan Perubahan Simpanan Anggota yang disediakan melalui website rasmi KOPONAS dimenu KEANGGOTAAN.

Anggota hendaklah mengisi borang Permohonan Pengeluaran Simpanan Khas yang disediakan melalui website rasmi KOPONAS dimenu KEANGGOTAAN.

Anggota hendaklah mengisi borang Permohonan Perubahan Simpanan Anggota yang disediakan melalui website rasmi KOPONAS dimenu KEANGGOTAAN. Jumlah pembelian Modal Syer hendaklah dalam gandaan RM100.00 bagi setiap transaksi.

Anggota dibenarkan untuk membuat penambahan syer melalui potongan gaji bulanan dengan potongan minimum dalam gandaan RM100 dan menyatakan jumlah potongan yang ingin dicarum.

Ya, anggota dibenarkan untuk membuat penambahan syer secara atas talian atau mesin ATM ke akaun bank dan memuat naik salinan slip bank ke dalam borang Permohonan Perubahan Simpanan Anggota yang disediakan melalui website rasmi KOPONAS dimenu KEANGGOTAAN.

Proses pembayaran pengeluaran Simpanan Khas akan dikreditkan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

Anggota KOPONAS layak dan boleh menyambung keanggotaan dengan KOPONAS walaupun perkhidmatan telah tamat dengan POS Malaysia.

Untuk anggota yang menyambung keanggotaannya, bayaran boleh dibuat secara auto-debit atau manual menerusi ATM atau Online Banking ke akaun KOPONAS.

Ya, simpanan anggota akan dikembalikan mengikut jumlah baki simpanan setelah ditolak dengan baki pembiayaan (jika ada).

Dokumen yang diperlukan adalah surat rasmi penamatan dari POS Malaysia, Surat Rasmi daripada Anggota dan Salinan Penyata Bank.

Bayaran pemulangan wang simpanan kepada anggota akan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh terima dokumen oleh KOPONAS.

Menyambung Keanggotaan adalah anggota yang telah tamat perkhidmatan dengan Pos Malaysia akan tetapi masih ingin kekal menjadi Anggota KOPONAS.
Anggota Semula pula adalah anggota yang telah menamatkan keanggotaan dan ingin berdaftar menjadi anggota KOPONAS semula.

Anggota yang menjadi penjamin perlu memaklumkan kepada peminjam tersebut untuk mencari penjamin yang baru dan penjamin perlu memaklumkan kepada KOPONAS untuk menukar penjamin tersebut.

Jumlah bayaran simpanan yang minimum adalah sebanyak RM 43.00 dimana bayaran untuk Modal Yuran RM30.00, Simpanan Khas RM10.00 dan RM3.00 untuk Yuran Rumah Peranginan.

Sistem iKOOP

ID Pengguna dan Kata Laluan iKOOP boleh terus diperolehi dari emel keanggotaan@koponas.coop

Anggota boleh terus mengemaskini butiran maklumat diri melalui IKOOP tanpa perlu menghubungi KOPONAS.

Tempahan Rumah Peranginan

Untuk tempahan, tuan/puan boleh memohon terus melalui sistem iKOOP di menu RUMAH PERANGINAN.

Tempoh penginapan adalah maksimum 4 hari dan 3 malam kepada setiap anggota.

KOPONAS menyediakan 5 lokasi rumah peranginan iaitu:
• Port Dickson, Negeri Sembilan
• Langkawi, Kedah
• Melaka Bandaraya Bersejarah
• Kota Bharu, Kelantan
• Kuala Terengganu, Terengganu

Anggota boleh mengetahui status tempahan melalui sistem iKOOP semasa tarikh penginapan dipilih sama ada tempahan Berjaya atau Tidak Berjaya.

Anggota tidak perlu menjelaskan sebarang bayaran bagi penginapan di rumah peranginan yang disediakan oleh KOPONAS.

Butiran lanjut berkenaan fasiliti serta gambar rumah peranginan boleh didapati menerusi sistem iKOOP dimenu RUMAH PERANGINAN dibahagian SENARAI RUMAH PERANGINAN.

Pembatalan tempahan boleh dibuat menerusi sistem iKOOP dengan cara klik butang BATAL TEMPAHAN yang terdapat dimenu RUMAH PERANGINAN dibahagian STATUS PERMOHONAN dengan memilih rumah dan tarikh penginapan yang hendak dibatalkan.

Terma dan syarat penginapan di rumah peranginan KOPONAS boleh diketahui menerusi sistem iKOOP dimenu RUMAH PERANGINAN dibahagian SYARAT-SYARAT TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN.

Anggota tidak dibenarkan untuk menginap di rumah peranginan yang sama dalam tahun yang sama.

Seseorang anggota hanya layak untuk menginap semula di rumah peranginan yang sama selepas tempoh 2 tahun dari tarikh akhir penginapan.

Anggota tidak akan menerima wang saguhati sebanyak RM50.00 bagi penginapan kali pertama di rumah peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan berkuatkuasa 01 Julai 2023 berdasarkan pindaan Undang-Undang Kecil di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-46 pada 25 Jun 2023.

Anggota tidak akan menerima sebarang wang saguhati berkuatkuasa 01 Julai 2023 berdasarkan pindaan Undang-Undang Kecil di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-46 pada 25 Jun 2023.

Pembiayaan

Permohonan Pembiayaan boleh dibuat menerusi Sistem iKOOP atau klik pautan https://app.ikoop.com.my/koponas

Semakan kelayakan pembiayaan boleh disemak di Sistem iKOOP setelah maklumat pembiayaan dikemaskini dan butiran lengkap diisi di bahagian Permohonan Pembiayaan.

Tempoh masa bagi memproses permohonan pembiayaan adalah dalam masa 7 hari waktu bekerja.

Bagi permohonan pembiayaan yang berstatus Dalam Proses adalah permohonan yang baru dihantar di dalam Sistem iKOOP.

Bagi permohonan pembiayaan yang berstatus Disediakan adalah bermaksud permohonan tersebut sedang/telah disemak oleh pihak pentadbiran.

Anggota boleh menyemak status permohonan pembiayaan di Sistem iKOOP dibahagian Senarai Pembiayaan.

Dokumen yang diperlukan adalah Borang Ikrar dan Borang Pengakuan Anggota dibahagian Senarai Pembiayaan dan klik Surat Tawarruq.

Bayaran akan dikreditkan ke akaun anggota setelah KOPONAS menerima Borang Ikrar dan Borang Pengakuan Anggota serta anggota akan menerima SMS dari KOPONAS menyatakan bayaran akan dibuat dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

Pembatalan pembiayaan boleh dibuat dengan menghubungi talian aplikasi WhtasApp, Emel atau talian telefon.

Anggota hendaklah menunggu dalam tempoh 3 minggu untuk permohonan pembiayaan baru bagi pembiayaan yang diluluskan.

Untuk permohonan Penyata Baki Pembiayaan boleh dibuat menerusi panggilan, Emel atau WhatsApp ke KOPONAS.

KOPONAS akan memproses dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

Permohonan pembiayaan overlap boleh dibuat menerusi Sistem iKOOP dan diruangan Tujuan Pembiayaan boleh maklumkan Overlap tersebut.

Pembiayaan Overlap dikira berdasarkan pendapatan bersih anggota. sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pentadbiran KOPONAS.

Ar-Rahnu

Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan syariah. Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa maksud gadai. Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.

Koponas Ar-Rahnu menyediakan khidmat pembiayaan Ar-Rahnu yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran. Jumlah pembiayaan yang diberikan kepada Pelanggan adalah bergantung kepada peratusan yang ditentukan oleh Koponas Ar-Rahnu dan jenis barang kemas yang dicagarkan. Pembiayaan ini adalah patuh Syariah yang ditawarkan kepada individu bagi memenuhi keperluan wang tunai dengan segera.

Konsep Syariah yang digunapakai untuk pembiayaan ini ialah:

▪ Murabahah (Tawarruq) ialah akad transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran tangguh secara Murabahah (iaitu harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) daripada penjual kepada pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.

▪ Rahn adalah mekanisma di mana satu barangan berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pembiayaan secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pembiayaan tersebut tidak dapat dijelaskan.

Pembiayaan ini terbuka kepada, Anggota Koponas, Bukan Anggota Koponas (Warganegara dan Penduduk Tetap), 18 tahun ke atas, berakal atau waras dan tidak muflis.

Barangan perhiasan yang diperbuat daripada emas yang mempunyai mutu 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 dan emas dalam bentuk jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas.

Pelanggan akan memperolehi jumlah pembiayaan dalam bentuk wang tunai dimana anggota Koponas akan menerima sehingga 80% daripada nilai barang gadaian dan bagi bukan anggota Koponas akan menerima 75% daripada nilai barang gadaian. Jumlah Pembiayaan Terkumpul adalah sehingga RM250,000 bagi setiap pelanggan dengan maksimum sehingga RM50,000 untuk transaksi harian. Tempoh gadaian adalah Enam (6) bulan terhad kepada Dua Belas (12) bulan dalam satu Surat Gadaian.

Caj Penyimpanan Barangan – 1% sebulan atau 6% untuk satu tempoh pembiayaan iaitu selama Enam (6) bulan.

Caj Pengurusan Lelongan – Sekiranya pembiayaan tidak dijelaskan mengikut tempoh pembiayaan yang telah ditetapkan, Barang Gadaian akan dilelong mengikut prosedur pelelongan dan pelanggan akan dikenakan Caj Pengurusan Lelongan pada kos insidental sebenar. Caj ini akan ditolak dari hasil pelelongan.

*Nota: Pihak Koponas akan memaklumkan Pelanggan sekurang-kurangnya Dua Puluh Satu (21) hari kalendar sebelum tarikh pelaksanaan (jika berkenaan) sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Fi dan Caj yang berkaitan. Fi dan Caj adalah tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”) sebanyak 6% (jika berkenaan).

Tamat Tempoh pada bulan ke-6.

Sekiranya Pelanggan ingin menyambung gadaian bagi tempoh Enam (6) bulan kedua, Pelanggan hanya perlu membayar caj keuntungan Enam (6) bulan pertama sahaja dan tempoh matang akan ditetapkan semula bagi tempoh Enam (6) bulan kedua (bulan ke-7 hingga bulan ke-12).

 

Tamat Tempoh pada bulan ke-12

Jika Pelanggan ingin menyambung gadaian melebihi tempoh Dua Belas (12) bulan, Surat Gadaian baru dan akad baru MESTILAH dilakukan dengan urusniaga dagangan komoditi yang baru. Pelanggan mestilah menyelesaikan semua caj keuntungan bagi akad Ar-Rahnu yang terdahulu sebelum layak untuk memperbaharui Surat Gadaian.

Pelanggan hanya perlu membayar kadar pembiayaan sehingga hari penebusan sahaja. Pihak Koponas tidak mengenakan caj tambahan kepada pelanggan sekiranya penebusan awal dibuat oleh pelanggan.

Formula pengiraan untuk kadar caj pembiayaan adalah Nilai Marhun X nilai emas semasa gadaian / 365 hari X tempoh pembiayaan dalam hari.

Perlindungan Takaful bagi Barang Gadaian yang berada di dalam simpanan Koponas Ar-Rahnu (dalam Tempoh Pembiayaan) adalah dilindungi takaful melalui Pengendali Takaful yang dilantik oleh Koponas Ar-Rahnu. Had perlindungan takaful adalah tertakluk kepada Nilai Barang Gadaian yang dinyatakan di dalam Surat Gadaian.

 

Pelanggan perlu mengisi Borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan perlu mendapat pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah

Boleh, surat wakil mestilah dibawa semasa proses penebusan dilakukan yang menyatakan persetujuan penggadai dan wakil serta mempunyai tandatangan kedua belah pihak.

Alamat Koponas Ar-Rahnu Cawangan Kajang:

No 14-G (Ground Floor), Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu Operasi cawangan adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 09.00 pagi sehingga 05.00 petang.

Hotline Aduan : 03-2274 7277

Alamat Aduan :

Unit Ar-Rahnu, Koperasi Pos Nasional Berhad, Tingkat 2, No.70-74, Wisma Koponas, Jalan Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur.

Emel kepada arrahnu@koponas.coop

 

Hak Cipta © Koperasi Pos Nasional Berhad