Coop Auto Assist (CAA) merupakan satu perkhidmatan bengkel statik dan bergerak yang menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan serta pembaikan kenderaan di premis pelanggan.
Dengan adanya perkhidmatan bergerak ini ianya dapat mengurangkan “downtime” operasi dimana kenderaan untuk di servis tidak perlu dihantar ke bengkel.
Perkhidmatan ini diperkenalkan oleh KOPONAS kepada Kumpulan Pengurusan Pengangkutan Pos Malaysia Berhad bagi tujuan penyelenggaraan dan servis kenderaan dalam Lembah Klang.
Melalui perkhidmatan ini KOPONAS akan memberi perkhidmatan penyelenggaraan bergerak bagi melaksanakan tugas servis dan baikpulih kenderaan di lokasi yang ditetapkan oleh pihak Pos Malaysia Berhad.
Servis Perkhidmatan
Menyelenggara, membaik pulih dan mengecat van dan lori.
Membaiki kereta dan motosikal.
Membekalkan serta melaksanakan penggantian tayar dan alat ganti bagi motosikal, kereta, van dan lori.
Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS) adalah sebuah Koperasi bertaraf professional berlandaskan prinsip – prinsip Islam.