MAKLUMAT KEANGGOTAAN

0
Jumlah Anggota Yang Aktif Setakat Ini

Kriteria Menjadi Anggota

  • Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada kakitangan Syarikat Pos Malaysia Berhad yang berjawatan tetap, anak-anak syarikat dan usahasamanya yang menerima gaji dan elaun tetap di Pos Malaysia Berhad.
  • Keanggotaan koperasi ini juga terbuka kepada anggota KOPONAS yang bersara atau berhenti dari Syarikat Pos Malaysia Berhad dengan syarat anggota tersebut belum mengeluarkan wang simpanan dan caruman bulanan tidak terhenti lebih dari 3 bulan.

Permohonan Menjadi Anggota

  • Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat secara atas talian di sistem iKOOP E-Kiosk KOPONAS. https://app.ikoop.com.my/koponas
  • Sila hantar dokumen salinan slip gaji terkini dan kad pengenalan ke emel (keanggotaan@koponas.coop) atau melalui aplikasi WhatsApp ditalian 016-321 6344.
  • Bagi permohonan beserta dokumen yang lengkap, kelulusan adalah dalam masa tujuh (7) hari waktu bekerja. Permohonan TIDAK AKAN DIPROSES bagi permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap.

Manfaat Menjadi Anggota

Pihak KOPONAS sentiasa menjaga kebajikan setiap anggotanya. Setiap anggota layak untuk memohon manfaat yang diberikan oleh KOPONAS. Terdapat 10 jenis manfaat yang diberikan oleh KOPONAS kepada anggotanya. Sila rujuk dibahagian manfaat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Undang-Undang Kecil KOPONAS

Maklumat terperinci berkenaan peraturan-peraturan koperasi dan keahlian anggota-anggotanya. Sila klik dibahagian gambar untuk melihat maklumat undang-undang kecil KOPONAS.

Sebarang bayaran yang melibatkan keanggotaan boleh dibuat terus secara atas talian ke akaun bank seperti di bawah:
CIMB Bank Berhad atas nama
KOPERASI POS NASIONAL BERHAD
98706 0000XX XXX (5 digit di belakang adalah no anggota)

Sila masukkan Nama Anggota atau No Kad Pengenalan pada ruangan REFERENCE. Hantar bukti bayaran ke alamat emel keanggotaan@koponas.coop atau aplikasi WhatsApp di no telefon 016-321 6344

Hak Cipta © Koperasi Pos Nasional Berhad