Halaman ini menerangkan mengenai dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung laman web KOPONAS.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar emel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini akan disimpan, diproses dan digunakan bagi tujuan penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif atau termasuk digunakan bagi tujun menyelesaikan aduan anda.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui emel atau melalui borang dalam talian bagi maksud mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPONAS.
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Walau bagaimanapun, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web KOPONAS sahaja. Anda adalah diingatkan supaya meneliti dasar privasi laman web berkaitan yang terdapat dalam pautan di laman web KOPONAS kerana dasar privasi adalah berbeza.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS) adalah sebuah Koperasi bertaraf professional berlandaskan prinsip – prinsip Islam.