DIVIDEN MODAL SYER / MODAL YURAN

Pengenalan Modal Syer

  • Jumlah wang yang disumbangkan oleh anggota sebagai satu bentuk pelaburan (syer).

     

Had Pelaburan Modal Syer

  • Syer minima adalah sebanyak RM100.
  • Jumlah langganan syer ini boleh ditambah dengan gandaan RM100 dan had maksima RM20,000.
  • Syer hanya boleh ditebus apabila keanggotaan terhenti atau berdasarkan syarat-syarat yang selaras dengan UUK.

Pengenalan Modal Yuran

  • Jumlah wang yang disumbangkan secara tetap setiap bulan.
  • Modal yuran tidak boleh boleh dikeluarkan kecuali memenuhi syarat yang ditetapkan dalam UUK atau apabila tamat keanggotaannya.

Had Pelaburan Modal Yuran

  • Jumlah yuran minima RM30 sebulan.

Pengenalan Dividen

  • Bahagian keuntungan koperasi yang diagihkan mengikut jumlah modal syer atau modal yuran yang dimiliki oleh anggota.
  • Agihan keuntungan adalah selepas dibuat pembayaran zakat.

Kadar Dividen

  • Kadar dividen atas modal syer atau modal yuran akan ditentukan berdasarkan prestasi kewangan semasa.

Proses Bayaran Dividen

  • Dividen akan dikreditkan terus ke akaun bank anggota kecuali jumlah dividen yang kurang dari RM20, akan dipindahkan ke dalam akaun Simpanan Khas.

Kami Sedia Membantu Anda

Sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami +603 2274 7277 atau emel info@koponas.coop