DIVIDEN MODAL SYER / MODAL YURAN

Pengenalan Modal Syer

  • Jumlah wang yang disumbangkan oleh anggota sebagai satu bentuk pelaburan (syer).
  • Syer minima adalah sebanyak RM100.
  • Jumlah langganan syer ini boleh ditambah dengan gandaan RM100 dan had maksima RM50,000.
  • Syer hanya boleh ditebus apabila keanggotaan terhenti atau berdasarkan syarat-syarat yang selaras dengan UUK.

Pengenalan Modal Yuran

  • Jumlah wang yang disumbangkan secara tetap setiap bulan.
  • Modal Yuran tidak boleh boleh dikeluarkan kecuali memenuhi syarat yang ditetapkan dalam UUK atau apabila tamat keanggotaannya.
  • Jumlah yuran minima RM30 sebulan.
  • Tiada jumlah maksima untuk yuran.

Pengenalan Simpanan Khas

  • Jumlah wang yang didepositkan dimana simpanan ini boleh dikeluarkan bagi kegunaan kecemasan atau bagi tujuan tertentu.
  • Simpanan minima RM10 setiap bulan dan tiada jumlah maksima.
  • Anggota boleh mengeluarkan 80% daripada akaun Simpanan Khas sebanyak 2 kali setahun.
  • Pemberian Hibah adalah berkonsepkan hadiah dari koperasi yang diagihkan mengikut jumlah Simpanan Khas yang dimiliki oleh anggota.

Pengenalan Dividen & Hibah

  • Bahagian keuntungan koperasi yang diagihkan mengikut jumlah modal syer atau modal yuran yang dimiliki oleh anggota.
  • Kadar Dividen atas Modal Syer atau Modal Yuran serta Hibah atas Simpanan Khas akan ditentukan berdasarkan prestasi kewangan semasa.
  • Dividen dan Hibah akan dikreditkan terus ke akaun bank anggota
  • Agihan keuntungan adalah selepas dibuat pembayaran zakat.

Hak Cipta © Koperasi Pos Nasional Berhad