Tawaran Pembelian Motosikal Terpakai Pos Malaysia

Tawaran Pembelian Motosikal Terpakai Pos Malaysia

motosikal posmen

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan dimaklumkan bahawa tawaran untuk membeli motosikal terpakai adalah dipelawa kepada Anggota-anggota Koperasi Pos Nasional Berhad dan Kakitangan Pos Malaysia Berhad.

2.         Borang tawaran dan syarat-syarat tawaran boleh diperolehi dari Pejabat KOPONAS, No. 70 – 74 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Laman Web KOPONAS dan juga melalui laman web rasmi KOPONAS. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mempamerkan notis tawaran ini dan menghebahkan kepada anggota-anggota KOPONAS dan kakitangan Pos Malaysia.

Jenis Kenderaan : Motosikal

Model Kenderaan :

  • Honda C1004-MA
  • Modenas Kriss

Lokasi :

  • Selangor
  • Sabah
  • Sarawak
  • Pulau Pinang
  • Johor
  • Perak
  • Kedah/Perlis
  • Negeri Sembilan

3.         Bersama-sama ini disertakan borang dan syarat-syarat tawaran untuk edaran. Borang photostat adalah dibenarkan. Untuk makluman pihak tuan/puan, kemudahan pembiayaan akan disediakan oleh Koperasi Pos Nasional Berhad  kepada Anggota-anggota  KOPONAS dan kakitangan pos yang layak.

Tarikh tutup tawaran : 29 Disember, 2015

Sekian, terima kasih.

No comments