TAWARAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI POS MALAYSIA BERHAD SELANGOR

TAWARAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI POS MALAYSIA BERHAD SELANGOR

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan dimaklumkan bahawa tawaran untuk membeli motosikal terpakai adalah dipelawa kepada Anggota-anggota Koperasi Pos Nasional Berhad dan Kakitangan Pos Malaysia Berhad.

2.         Borang tawaran dan syarat-syarat tawaran boleh diperolehi dari Pejabat KOPONAS, No. 70 – 74 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Laman Web KOPONAS dan juga melalui pihak tuan/puan selaku Pengurus Pengangkutan Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mempamerkan notis tawaran ini dan menghebahkan kepada anggota-anggota KOPONAS dan kakitangan Pos Malaysia Negeri Selangor.

3.         Lokasi motosikal terpakai untuk tawaran ini adalah di Pejabat Pos Negeri Selangor, sepertimana senarai yang disertakan. Tarikh tutup tawaran membeli motosikal terpakai Pos Malaysia Berhad ini akan ditutup pada jam 5.00 Petang 08 Julai 2014. Mohon kerjasama pihak tuan/puan menyediakan peti tender yang diletakkan dipejabat tuan/puan bagi memudahkan anggota-anggota KOPONAS dan kakitangan Pos menghantar tawaran masing-masing.

4.         Bersama-sama ini disertakan borang dan syarat-syarat tawaran untuk edaran. Borang photostat adalah dibenarkan. Untuk makluman pihak tuan/puan, kemudahan pembiayaan akan disediakan oleh Koperasi Pos Nasional Berhad  kepada Anggota-anggota  KOPONAS dan kakitangan pos yang layak.

Sekian, terima kasih.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG

 MOHD AZHAM BIN ABD JABAR

Setiausaha
KOPERASI POS NASIONAL BERHAD
 
 
 

No comments

Leave a reply

You must be logged in to post a comment.