Sejarah Penubuhan

…….. Sejarah telah mencatatkan Koperasi Kredit pertama yang didaftarkan adalah The Postal & Telecommunications Co-operative Thrift & Loan Society, West Malaysia, Limited yang didaftarkan pada 21 Julai 1922 . Sejumlah besar anggota koperasi ini adalah terdiri dari pekerja Jabatan Perkhidmatan Pos dan Telekom dan juga dari kakitangan Bank Simpanan Pejabat Pos (yang nama sekarangnya Bank Simpanan Nasional) .

wisma koponas

Wisma KOPONAS, 70-74, Jalan Tun Sambantahan, 50470 Kuala Lumpur

……..Setelah sekian lama menubuhkan Koperasi , maka pada 22 jun 1975 pekerja Jabatan Perkhidmatan Pos memohon untuk menubuhkan koperasinya sendiri iaitu Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS). Pada peringkat awal penubuhannya Koponas mempunyai seramai 2,885 anggota dengan Modal Yuran sebanyak RM 118,402.00 dan pada awal tahun penubuhannya telah berjaya mengeluarkan pinjaman sebanyak RM 2,688,101.00 juta kepada anggotanya . Aset Koponas pada  awal penubuhannya adalah sebanyak RM 3,016,260. juta . Semua aset ini adalah jumlah yang telah dipindahkan dari P & T kepada Koponas .

……..Mesyuarat Agung Penubuhan telah diadakan pada 1 Oktober 1978 dengan hanya mampu membayar dividen dengan kadar 6.25 % yang melibatkan jumlah peruntukkan sebanyak RM 433,578.

……..Koponas terus berkembang , Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Yang ke Dua Puluh Lima pada 21 Jun 2002 telah merubahkan Koponas kepada Koperasi Kredit yang berlandaskan Sistem Syariah. Hasil keuntungan perniagaannya dari Sistem Syariah yang telah dilaksanakan sapenuhnya mulai tahun 2004 ini telah berjaya melunaskan zakat perniagaannya saperti berikut : –

  • Tahun 2004 = RM 57,877.05
  • Tahun 2005 = RM 72,221.52
  • Tahun 2006 = RM 29,624.69
  • Tahun 2007 = RM 15,364.41
  • Tahun 2008 = RM 45,859.28
  • Tahun 2009 = RM 54,000.06
  • Tahun 2010 = RM    5,781.00
  • Tahun 2011 = RM 28,453.72