Rumah Peranginan

Rumah penginapan Langkawi adalah merupakan kondominium 3 bilik yang terletak di Pekan Kuah, Langkawi. Koponas mempunyai 2 unit kondominium dibangunan yang sama sebagai rumah penginapan untuk kemudahan anggota.

Koponas mempunyai 2 buah banglo iaitu 1 unit banglo 2 tingkat dan 1 unit setingkat. Terletak di Batu 12 Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson Negeri Sembilan. Banglo ini bersebelahan Akademi DRB Hicom. Banglo 2 tingkat mempunyai 5 bilik dan banglo setingkat mempunyai 3 bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan memasak, penghawa dingin, mesin basuh, TV, saluran astro dan lain-lain untuk keselesaan anggota. Bawalah keluarga anda berehat disini untuk cuti hujung minggu yang mendamaikan.

Apartment 1 bilik di Mahkota Century Hotel, Melaka. Terletak di Bandar Hilir Melaka bersebelahan pusat membeli belah terkenal iaitu Mahkota Parade & Mahkota Medical Center. Semua ini adalah untuk kemudahan anggota dan sesuai untuk penginapan satu keluarga.