Pelbagai kejayaan dan anugerah telah diperolehi oleh Koponas diantaranya : –

2001

Anugerah Kualiti Kredit Terbaik” ]Anugerah Kualiti Kredit Terbaik peringkat Wilayah Persekutuan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi Wilayah Persekutuan

2003

Anugerah Koperasi Kredit” ]Anugerah Koperasi Kredit yang terbaik oleh Jabatan Pembangunan Koperasi , WilayahPersekutuan , Kuala Lumpur.

2008

Koponas telah berada didalam senarai Ke 86 dalam Indeks 100 koperasi yang terbaik di Malaysia.

Perkembangan terbaharu tentang Koponas ialah pada 5 September 2008 hingga 25 September 2008 Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah membuat Pemeriksaan Usaha Wajar ( DDE ) keatas pejabat Koponas dan hasilnya : –

Koponas telah dianugerahkan dengan Sijil Penarafan Koperasi dengan Anugerah 4 Bintang.

Berdasarkan kepada kedudukan pencapaian ini maka nikmat keuntungan Dividen yang telah diperolehi oleh anggota Koponas bagi tahun 2008 adalah saperti berikut : –

  • Modal Yuran sebanyak 8.25 % – peruntukan yang terlibat RM 1,865,295
  • Modal Syer sebanyak 10 % – peruntukkan yang terlibat RM 110,480
  • Simpanan Khas 2 % – peruntukan yang terlibat RM 28,517

2009

Koponas telah memperbaiki senarai kedudukan ke 74 dalam Indeks 100 koperasi yang terbaik di Malaysia.

Berdasarkan kepada kedudukan pencapaian ini maka nikmat keuntungan Dividen yang telah diperolehi oleh anggota Koponas bagi tahun 2009 adalah saperti berikut : –

  • Modal Yuran sebanyak 9.25 % – peruntukan yang terlibat RM 2,099,890
  • Modal Syer sebanyak 10 % – peruntukkan yang terlibat RM 123,757
  • Simpanan Khas 6 % – peruntukan yang terlibat RM 46,006

2010

Pada tahun 2010 KOPONAS telah berada di dalam senarai kedudukan ke 76 dalam Indeks 100 koperasi yang terbaik di Malaysia. Oleh itu, nikmat keuntungan Dividen yang telah diperolehi oleh anggota Koponas adalah seperti berikut : –

  • Modal Yuran sebanyak 9.30 % – peruntukan yang terlibat RM 2,223,053.
  • Modal Syer sebanyak 10 % – peruntukkan yang terlibat RM 123,075.
  • Simpanan Khas 6 % – peruntukan yang terlibat RM 97,463.

2011

Pada tahun 2011 KOPONAS berjaya memperbaiki lagi senarai kedudukan ke 73 dalam Indeks 100 koperasi yang terbaik di Malaysia. Maka berdasarkan kepada kedudukan pencapaian ini cadangan keuntungan Dividen yang akan diperolehi oleh anggota Koponas adalah seperti berikut : –

  • Modal Yuran sebanyak 9.30 % – peruntukan yang terlibat RM 2,256,585.
  • Modal Syer sebanyak 10 % – peruntukkan yang terlibat RM 82,932.
  • Simpanan Khas 6 % – peruntukan yang terlibat RM 110,734.