Mengenai Koponas

Gerakan koperasi bermula dan berkembang diatas kesedaran sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada golongan yang ditindas untuk membela hak mereka dalam kehidupan. Gerakan koperasi bermula pada kurun ke-18 di England. Di Malaysia pula, sejarah telah mencatatkan Koperasi Kredit pertama yang didaftarkan adalah The Postal & Telecommunications Co-operative Thrift & Loan Society, West Malaysia, Limited yang didaftarkan pada 21 Julai 1922 . Sejumlah besar anggota koperasi ini adalah terdiri dari pekerja Jabatan Perkhidmatan Pos dan Telekom dan juga dari kakitangan Bank Simpanan Pejabat Pos (yang nama sekarangnya Bank Simpanan Nasional) .

Setelah sekian lama menubuhkan Koperasi , maka pada 22 jun 1975 pekerja Jabatan Perkhidmatan Pos memohon untuk menubuhkan koperasinya sendiri iaitu Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS). Pada peringkat awal penubuhannya Koponas mempunyai seramai 2,885 anggota dengan Modal Yuran sebanyak RM 118,402.00 dan pada awal tahun penubuhannya telah berjaya mengeluarkan pinjaman sebanyak RM 2,688,101.00 juta kepada anggotanya . Aset Koponas pada awal penubuhannya adalah sebanyak RM 3,016,260. juta . Semua aset ini adalah jumlah yang telah dipindahkan dari P & T kepada Koponas .

Mesyuarat Agung Penubuhan telah diadakan pada 1 Oktober 1978 dengan hanya mampu membayar dividen dengan kadar 6.25 % yang melibatkan jumlah peruntukkan sebanyak RM 433,578.



Visi dan Misi

Visi

Koperasi Pos Nasional sebuah Koperasi bertaraf Professional berlandaskan prinsip – prinsip Islam

Misi

Sebagai Institusi Tabungan Pembiayaan berlandaskan Islam kepada anggotanya Memberi perkhidmatan dan kebajikan yang berkualiti Menepati kehendak-kehendak anggotanya dan dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan