FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH KOPONAS.

1. Kejayaan KOPONAS adalah didorong oleh pihak pengurusan dan tenaga kerja yang kompeten dan berkemahiran dalam bidang kerja yang dijalankan.

2. Dalam melaksanakan kerja seharian,di KOPONAS juga segalanya diuruskan dalam bentuk talian dan sistem pembayaran pula di bayar melalui sistem internet CIMB BIZ CHANNEL dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

3. Perkhidmatan potong gaji oleh anggota koperasi pula adalah secara terus dibuat oleh  majikan anggota kepada KOPONAS yang mana mereka ratanya adalah kakitangan Pos Malaysia dan Bank Simpanan Nasional. Segala potongan modal yuran,saham,simpanan khas dan juga pembayaran balik pembiayaan akan diterima setiap awal bulan dan semuanya ini telah berjalan dengan lancar.

4. Diversifikasi perniagaan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti pembiayaan kredit sahaja tetapi turut terlibat dalam aktiviti insuran berkelompok dan insurans kenderaan.

5. Dalam menjaga kebajikan,KOPONAS mempunyai Kumpulan Wang Kebajikan Anggota dan Khairat Kematian.KOPONAS juga menghargai kecemerlangan anak-anak anggota yang telah berjaya dalam pelajaran mereka dengan menyediakan Kumpulan Wang Dermasiswa.

6. Setakat ini beberapa kejayaan telah diperolehi oleh KOPONAS diantaranya : -

  • Pada 28 September 2001 – Anugerah Kualiti Kredit Terbaik peringkat Wilayah Persekutuan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi Wilayah Persekutuan.
  • Pada tahun 2003 – Anugerah Koperasi Kredit yang terbaik oleh Jabatan Pembangunan Koperasi , Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur.
  • Hari Koperasi Negara tahun 2008 – KOPONAS telah berada didalam senarai Ke 86 dalam Indeks 100 koperasi yang terbaik di Malaysia.
  • Hari Koperasi Negara tahun 2009 – KOPONAS telah memperbaiki senarai kedudukan ke 74 dalam Indeks 100 koperasi yang terbaik di Malaysia.
  • Hari Koperasi Negara tahun 2010 – KOPONAS telah berada di dalam senarai kedudukan ke 76 dalam Indeks 100 koperasi terbaik di Malaysia.
  • Hari Koperasi Negara tahun 2011 – KOPONAS telah memperbaiki senarai kedudukan ke 73 dalam Indeks 100 koperasi terbaik di Malaysia.

7. Pada 5 September 2008 hingga 25 September 2008 yang lalu Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah membuat Pemeriksaan Usaha Wajar ( DDE ) ke atas pejabat KOPONAS dan hasilnya : -

  • Koponas telah dianugerahkan Sijil Penarafan Koperasi dengan Anugerah 4 bintang

8. KOPONAS adalah koperasi yang menjalankan aktiviti yang berlandaskan syariah.  Dalam menjalankan aktiviti ini setiap tahun keuntungan yang meningkat saban tahun iaitu dari 6.25 % pada peringkat penubuhannya pada 1978 hinggalah pada 9.25 % pada tahun 2009 yang lalu. Sesuai dengan berlandaskan syariah, segala keuntungan bersih telah melalui pelunasan Zakat Keuntungan Perniagaan mengikut tahun-tahun seperti berikut : -

  • Tahun 2004 = RM 57,877.05
  • Tahun 2005 = RM 72,221.52
  • Tahun 2006 = RM 29,624.69
  • Tahun 2007 = RM 15,364.41
  • Tahun 2008 = RM 45,859.28
  • Tahun 2009 = RM 53,888.06
  • Tahun 2010 = RM    5,780.76

9. Ahli Jawatankuasa Syariah ANGKASA mengesahkan telah membuat semakan terhadap operasi perjalanan Koperasi Pos Nasional Berhad (KOPONAS) dan mendapati ia adalah selaras dengan kehendak dan tuntutan syariah. Oleh itu KOPONAS telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Syariah (Syariah Compliance) mulai 01 Mei 2011 – 30 April 2013.

10. Segala kunci kejayaan ini disamping faktor-faktor di atas,ianya juga adalah dengan berkat ilmu pengetahuan dan kemahiran secara berterusan melalui program-program latihan dan pendidikan yang ditawarkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia ( MKM ) dan ANGKASA.